Monday, March 16, 2015

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut :-
(1) SETIAUSAHA (39/2015) - 1 KEKOSONGAN
(2) PEGAWAI SOKONGAN IT (48/2015) - 1 KEKOSONGAN
(3) JURUTEKNIK (08/2015, 18/2015, 21/2015 - 8 KEKOSONGAN
(4) PEGAWAI KESELAMATAN (KONTRAK)

Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati di laman web syarikat http://www.pba.com.my/vacancy atau datang sendiri ke ;

Ketua Divisyen
Sumber Manusia dan Keselamatan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
Tingkat 32 KOMTAR
Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas, Sila pastikan nombor rujukan jawatan dicatat dalam borang permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 27 MAC 2015.

Tuesday, March 10, 2015

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN MUAR


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Johor) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut ;

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41/U42
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J41
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
4. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
5. PEMBANTU OPERASI N11
6. PENGHANTAR NOTIS N11
7. PEMANDU KENDERAAN H11
8. PEMBANTU AWAM H11

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang PermohonanJawatan yang boleh diperolehi dengan harga RM1.00 di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbendaharaan Muar (MPM) atau dengan memuat turun atau dicetak dari laman web MPM di alamat http://www.mpmuar.gov.my.

Semua borang permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang sesuai dengan dicatatkan dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat itu jawatan yang dipohon.

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua
Majlis Perbandar Muar
Karung Berkunci No. 516
84009 Muar

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2015

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :-

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17 - 2 KEKOSONGAN

Sila layari laman sesawang MAIWP : http://www.maiwp.gov.my untuk membuat permohonan melalui Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08.

1) Pemohon dikehendaki mencatatkan nama jawatan yang dipohon di Bahagian atas, sebelah kiri sampul surat.

2) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

3) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 1, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP : SEBELUM ATAU PADA 23 MAC 2015 (ISNIN)


Monday, March 2, 2015

IKLAN JAWATAN PENSYARAH DI KOLEJ POLY-TECH MARA

Perakaunan, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Grafik, Bahasa Inggeris, Pengurusan Pejabat, Pengurusan Perniagaan (Pemasaran, Insuran, Pengangkutan, Sumber Manusia, Kewangan, Perbankan), Ekonomi, Pengajian Islam, Pengajian Malaysia, Linguistik (Arab, Bahasa Melayu, Mandarin, Perancis), Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Fizik, Biologi, Kimia, Undang-Undang, Sains Sukan, Pengurusan Pelancongan, Agroteknologi, Komunikasi Korporat

Syarat Kelayakan

i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Bagi jawatan Pensyarah Perakaunan, calon-calon yang mempunyai kelayakan Profesional seperti ACCA dan CIMA adalah satu kelebihan.

Permohonan

Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut :-

i. Keterangan Peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan).
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan Sijil Kelahiran
iv. Salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan.

Permohonan yang lengakap hendaklah dihantar kepada :-

Jabatan Sumber Manusia
Kolej Poly-Tech MARA 
Aras 4, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa

Cheras, 56100 Kuala Lumpur


TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 16 MAC 2015. www.kptm.edu.my 

IKLAN JAWATAN KOSONG DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
 
Bil.
Jawatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum
Jumlah Kekosongan
1Pembantu Tadbir KewanganTetapRM 928.00 - RM 3375.001
 
CARA MEMOHON :-
i.Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang IIM-AD15 yang boleh diperoleh secara percuma daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) atau MUAT TURUN daripada laman web IIM (http://www.iim.org.my).
  
ii.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan).
  
iii.Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat Presiden, Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tunku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur (u.p: Unit Sumber Manusia).
  
iv.Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.
  
v.Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mac 2015.
  
CATATAN :-
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan tidak berjaya.

JAWATAN KOSONG DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan-jawatan di bawah :-



i. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

ii. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang Permohonan Jawatan (borang Personel 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka di http://www.dbp.gov.my.

ii. Tarikh tutup permohonan pada 16 Mac 2015.

iii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

     KETUA PENGARAH
     DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
     PETI SURAT 10803, 50926 KUALA LUMPUR
     (u.p. : Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


DAP Makin Gelojoh Setelah Berkuasa

 https://www.utusan.com.my/rencana/2023/12/setahun-di-putrajaya-dap-semakin-gelojoh/