Saturday, February 28, 2015

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana di bawah :-

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 - 2 kekosongan
JADUAL GAJI  RM1,362.00 - RM5,092.00

Taraf Jawatan - TETAP

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai jawatan yang ingin dimohon seperti maklumat mengenai Elaun dan Syarat-Syarat Lantikan bagi jawatan yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi KEJORA di alamat www.kejora.gov.my.

Cara Memohon

1, Permohonan hanya boleh dibuat melalui laman web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan http://eperjawatan.kejora.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah membawa surat sokongan Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan pada tarikh semasa menghadiri temuduga.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2015.

4. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

7. Sila berhubung dengan En. Mus-Irwan binHj. Misroom, Pn. Norizan bt Adam atau Cik Rozeenanie bt Ismail untuk sebarang pertanyaan di talian 07-8843000.


Thursday, February 26, 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-


(1) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
      25 Kekosongan / Pelbagai Negeri

(2) Jurufotografi Gred B17
      1 Kekosongan / Kuala Lumpur

(3) Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
      4 Kekosongan / Pelbagai Negeri

(4) Pembantu Operasi Gred N11
      2 Kekosongan / Kuala Lumpur, Negeri Perak

Secara umumnya, semua calon akan melalui beberapa tapisan sebelum mereka dilantik ke jawatan diiklankan.

SYARAT LANTIKAN DAN CARA MEMOHON

Permohonan dari calon-calon bukan dari anggota KPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah membuat permohonan melalui laman web Kementerian Sumber Manusia di http://www.jobsMalaysia.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 9 MAC 2015 (ISNIN)

Monday, February 23, 2015

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PUTRAJAYA




Jawatan Kosong







Kelayakan umum bagi jawatan-jawatan di atas adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia 
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. 
iii. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan. 

Syarat kelayakan terperinci dan proses permohonan mengikut jawatan adalah seperti berikut: 

i. Syarat kelayakan bagi setiap jawatan boleh didapati melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my 
ii. SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ONLINE melalui borang permohonan yang disediakan di dalam laman web yang sama. 

Taraf Jawatan : Semua lantikan jawatan yang diiklankan adalah secara KONTRAK sebelum pelantikan secara TETAP dipertimbangkan berdasarkan prestasi perkhidmatan. 

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 28 Februari 2015. 

Presiden, Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya

(http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/PPJ_FEB2015.pdf)


KEKOSONGAN JAWATAN DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM)

Kekosongan jawatan di Lembaga Getah Malaysia(LGM) . Tarikh tutup permohonan 03 Mac 2015.
Sila lihat iklan di alamat di bawah ;

http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/LGM_FEB2015.pdf

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces;jsessionid=667BA67070DB46C0165D76CB8D871A5E.app7_i1


PENGAMBILAN TERBUKA SEBAGAI LASKAR MUDA


Pengambilan Terbuka sebagai Laskar Muda (Lelaki/ Wanita), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Tarikh tutup permohonan 15 Mac 2015

Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan di alamat seperti di bawah ;

http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/TLDM_MAC2015.pdf


Sunday, February 22, 2015

JAWATAN KOSONG DI CAWANGAN MYDIN BAZAR, PUTRAJAYA

Jawatan :-

(1) JURUWANG
(2) PEMBANTU JUALAN
(3) PEMBANTU STOR
(4) PENGAWAL KESELAMATAN

Gaji : RM1,300 - RM1,500 Sebulan

Faedah-faedah

- Gaji yang lumayan
- Caruman KWSP
- Perlindungan PERKESO
- Peluang kenaikan pangkat
- Diskaun pembelian barang
- Aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi
- Kemudahan ruang rehat, surau dan lain-lain.

Anda seharusnya :-

- Berumur 18 tahun ke atas
- Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
- Bersikap ceria dan mesra pelanggan
- Sanggup bekerja pada hari minggu dan cuti umum.

Sekiranya berminat, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 03-88903620 untuk sesi temuduga pada hari Isnin hingga jumaat, jam 10 pagi hingga 4 petang.


Friday, February 20, 2015

JAWATAN KOSONG DI AEON BIG PUTRAJAYA

Jawatan

(1) JURUWANG / CASHIER SEPENUH MASA

Gaji : RM1,350 ++, Overtime

Kelayakan : Minumun SPM, Perempuan dan Lelaki

Pakej : Bekerja 5 hari seminggu, Hostel untuk pekerja wanita, Bonus tahunan, Keadaan perubatan, Insuran Kemalangan berkumpulan, PERKESO, EPF dan alain-lain elaun.

(2) JURUWANG / CASHIER SEPARUH MASA

Gaji : RM8 Sejam

Kelayakan : Minimun SPM, Perempuan dan Lelaki

Pakej : Hostel untuk pekerja wanita, PERKESO, EPF dan lain-lain elaun.

TEMUDUGA TERBUKA DI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN AEON BIG ALAMANDA PUTRAJAYA.


Wednesday, February 18, 2015

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA TABUNG HAJI

TH menjemput calon yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pengurus Kanan Dana Ekuiti
2. Penganalisa Kanan Ekuiti
3. Penganalisa Kanan Kredit
4. Pengurus Kanan Pematuhan dan Semakan Syariah
5. Pengurus Kanan Perundingan, Pembangunan dan Sekretariat Syariah
6. Penolong Pengurus Syariah
7. Penolong Pengurus Pengiklanan dan Promosi
8. Setiausaha

Pendaftaran atas talian boleh dibuat mulai 18 Februari 2015 sehingga 17 Mac 2015.


Klik sini untuk daftar secara atas talian: http://www.jobstreet.com.my/career/tabunghaji.htm


Tuesday, February 17, 2015

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi mengisi jawatan seperti berikut :-

(1) PENOLONG AKAUNTAN
      Kelayakan - Diploma

(2) PENGAWAS HUTAN
      Kelayakan - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Panduan Permohonan Melalui Internet

1. Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada rakyat negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.

2. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya daripada mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.

3. Pastikan makkumat yang benar sahaja diisi dalam permohonan ini.

4. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 12 MAC 2015 (KHAMIS). 

Monday, February 16, 2015

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN

PENSYARAH UiTM GRED DM45
PENSYARAH KANAN GRED DM51
PROFESOR MADYA GRED DM53
PROFESOR GRED VK7

FAKULTI /  BIDANG

1) Saing Gunaan - Kimia

2) Sains Komputer & Matematik
    - Matematik
    - Sains Komputer

3) Pengurusan Perniagaan
    - Pengangkutan
    - Pengurusan
    - Kewangan

4) Akademi Pengajian Islam Kontemporari
    - Pengajian Islam

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA Johor yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Johor, Kampus Segamat dan kampus Pasir Gudang. Maklumat lengkap dan borang permohonan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Johor di http://Johor.uitm.edu.my.

2) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 2 Mac 2015.

3) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN 
UiTM CAWANGAN JOHOR
KM 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM
NO TEL : 07-9352338 / 2020/2273/ 2486

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA, MALAYSIA

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web berikut : http://www.jobsmalaysia.gov.my.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PERBADANAN PUTRAJAYA



Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya. Semua permohonan MESTILAH dibuat secara atas talian mulai 15 Februari 2015 hingga 28 Februari 2015 melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguatkuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

(1) PEGAWAI PENERANGAN GRED S48

Syarat Lantikan :

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lulus atau Kepujian dalam Subjek Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekuirang-kurangnya sepuluh tahun dalam bidang berkaitan.

(2) PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27

Syarat Lantikan :

- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Bekas  Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. 
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pebgajian tinggi tenpatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus atau Kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(3) PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG

Syarat Lantikan :

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salina resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh tiga tahun (2011, 2012 dan 2013).

Permohonan hendaklah dihantar :

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
N0. 18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P. : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
            BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 2 MAC 2015

JAWATAN KOSONG DI BANK RAKYAT

Bank Rakyat menjemput calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

(1) KETUA WILAYAH

Lokasi - Pejabat Wilayah di seluruh negara.

(2) PENGURUS CAWANGAN

Lokasi - Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Calon yang berminat boleh memohon secara atas talian menerusi Jobstreet.com di www.jobstreet.com.my/bankrakyat.


JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut :-


PEGAWAI PENGURUSAN PELANGGAN

Kelayakan Jawatan :

A) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diluluskan oleh MQA.

B) Minimun 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam perhubungan dengan pelanggan diutamakan).

Graduan yang baru tamat pengajian yang mempunyai kelayakan tetapi tiada pengalaman kerja digalakkan memohon.

Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati di laman web syarikat http://www.pba.com.my/vacancy atau datang sendiri ke :

Jabatan Sumber Manusia
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
Tingkat 32 KOMTAR, Jalan Penang
10000 Georgetown, Pulau Pinang

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Sumber Manusia seperti alamat yang tertera di atas.

Sila pastikan nombor rujukan jawatan dicatat dalam borang permohonan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 27 Februari 2015.



Saturday, February 14, 2015

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


KERJA KOSONG DI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)

ANGKASA adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Koperasi Malaysia. 

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai ANGKASA dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat ANGKASA seperti berikut :-

KETUA UNIT PENYELARASAN PERKHIDMATAN AHLI

Kelayakan dan Pengalaman

- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan / Perakaunan / Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

- Berpengalaman bekerja selama 5 tahun dalam bidang berkaitan.

-  Berkemahiran dalam menguruskan perkhidmatan keahlian dan persidangan akan diberi keutamaan.

Bidang Tugas

- Bertanggungjawab berkaitan Perhubungan Keahlian, Persidangan Negeri dan Persidangan Kebangsaan Tahunan.

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi  maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon,  serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif Berkumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor

atau e-mel : sumber@angkasa.coop selewat-lewatnya pada 21 Februari 2015.

Tuesday, February 10, 2015

KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA (Pahang).


JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP / KONTRAK

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

FAKULTI / BIDANG

GUGUSAN SAINS SOSIAL

Akademi Pengajian Bahasa Akademi Pengajian Islam Dan Kontemporari
i. Bahasa Inggeris i. Pengajian Islam
ii. Bahasa Mandarin

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI

Fakulti Sains Gunaan

i. Fizik iv
. Alam Sekitar
ii. Kimia v. Industri Perkayuan
iii. Biologi

 CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM (Pahang) di http://pahang.uitm.edu.my/v1/ atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Pahang).

(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari JUMAAT, 27 FEBRUARI 2015

(c) Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PAHANG)
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033


Untuk keterangan lanjut, sila lawat http://pahang.uitm.edu.my/v1/.

IKLAN JAWATAN KOSONG AHLI MUZIK (PENGARAH MUZIK) DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR





Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut: :



JAWATAN : AHLI MUZIK (PENGARAH MUZIK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT DAN SENI

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TARAF JAWATAN : KONTRAK

GRED JAWATAN/GAJI : GRED B47
                                             RM4,959.00 – RM10,612.00

UMUR  :  Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh iklan.

 CARA MEMOHON :

(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (apps.dbkl.gov.my/epengambilan)

(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Sarjana luar negara dan Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak pengiktirafan Ijazah atau Sarjana di laman web http://pengiktirafan.jpa.gov.my

(iii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Sarjana, Ijazah, Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.

CATATAN :

(i) Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Iklan               :  23 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

Saturday, February 7, 2015

KEKOSONGAN JAWATAN DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA





Universiti Pertahanan Nasionala Malaysia adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-


1.  Pegawai Laut  A41
2.  Pegawai Sains  C41
3.  Pegawai Teknologi Maklumat F41
4.  Jurutera  J41
5.  Pegawai Keselamatan  KP41
6.  Pegawai Tadbir  N41
7.  Pegawai Hal Ehwal Islam  S41
8.  Pegawai Belia dan Sukan  S41
9.  Pegawai Kewangan  W41
10.  Pegawai Perubatan UD43/44,UD47/48,UD51/52,UD53/54
11.  Pegawai Farmasi U41/U44/U48/U52/U54
12.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
13.  Penolong Jurutera  JA29
14.  Penolong Juruukur Bahan  JA29
15.  Penolong Pegawai Tadbir  N27
16.  Penolong Pengurus Asrama  N27
17.  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
18. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
19. Penolong Pegawai Farmasi  U29
20. Penolong Pegawai Perubatan U29
21.  Juruteknologi Pergigian  U29
22.  Jururawat Pergigian  U29
23.  Penolong Juruaudit   W27
24.  Pembantu Laut  A17
25.  Pegawai Kebudayaan  B17
26.  Pembantu Makmal  C17
27.  Penjaga Jentera Elektrik  J17
28.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
29.  Penyelia Asrama  N17
30.  Pembantu Juruaudit  W17
31.Pembantu Tadbir (Kewangan)W17
32.  Pemandu Kenderaan  H11
33.  Operator Loji  H11
34.  Pembantu Operasi  N11

TARAF JAWATAN - Semua jawatan akan dilantik secara Tetap/Kontrak.

UMUR  -  Pemohon  hendaklah  berumur  tidak  kurang  dari  18  tahun  pada  tarikh  lantikan.  Pegawai  yang  sedang 
berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

i)  Pemohon  perlu  melalui  sistem  e-recruitment  UPNM.  Sila  daftar  login  anda  di  alamat:
http://erecruitment.upnm.edu.my  dan lengkapkan maklumat permohonan dan  resume  anda  secara online. 
Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga.

ii)  Hanya  calon  yang  di  senarai  pendek  sahaja  akan  dipanggil  temu  duga.  Pemohon  yang  tidak  menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP - Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 14 Februari 2015 (Sabtu). 

Peringatan
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.


JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS



Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

JAWATAN

Pensyarah UiTM (Gred DM45 
Pensyarah Kanan Gred DM51/ Profesor Madya Gred DM53 
Profesor (Gred VK7) Secara Tetap

FAKULTI / BIDANG :-

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI

Fakulti Sains Gunaan
- Biologi

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
- Sains Ukur dan Geomatik

GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

Akademi Pengajian Bahasa
- Bahasa Inggeris

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
- Pemikiran dan Tamadun Islam

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan berkenaan dengan jawatan-jawatan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Perlis di http://www.perlis.uitm.edu.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 23 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS
02600 ARAU, PERLIS

NO. TEL : 04-9882000/ 2207/ 2209/2210


Sunday, February 1, 2015

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI PERAK


Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :- 

JAWATAN

Pensyarah UiTM (Gred DM45 / Pensyarah Kanan Gred DM51/ Profesor Madya Gred DM53/ Gred Khas C (Profesor) Secara Tetap

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI

Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur
- Senibina Landskap
- Senibina

Fakulti Sains Gunaan
- Fizik

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan berkenaan dengan jawatan-jawatan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.perak.uitm.edu.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 16 FEBRUARI 2015 (ISNIN)

Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

NO TEL ; 05-3742045/2044/2042 



DAP Makin Gelojoh Setelah Berkuasa

 https://www.utusan.com.my/rencana/2023/12/setahun-di-putrajaya-dap-semakin-gelojoh/