Monday, February 16, 2015

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguatkuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan. Suruhanjaya mempelawa warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

(1) PEGAWAI PENERANGAN GRED S48

Syarat Lantikan :

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lulus atau Kepujian dalam Subjek Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekuirang-kurangnya sepuluh tahun dalam bidang berkaitan.

(2) PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP27

Syarat Lantikan :

- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Bekas  Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. 
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pebgajian tinggi tenpatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus atau Kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(3) PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG

Syarat Lantikan :

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari laman web EAIC di www.eaic.gov.my.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru dan salina resume/ Ijazah/ Diploma/ Sijil-Sijil Surat Beranak/ Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
3. Permohonan hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh tiga tahun (2011, 2012 dan 2013).

Permohonan hendaklah dihantar :

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
N0. 18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P. : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
            BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 2 MAC 2015

No comments:

DAP Makin Gelojoh Setelah Berkuasa

 https://www.utusan.com.my/rencana/2023/12/setahun-di-putrajaya-dap-semakin-gelojoh/