Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai ANGKASA dengan mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat ANGKASA seperti berikut :-
KETUA UNIT PENYELARASAN PERKHIDMATAN AHLI
Kelayakan dan Pengalaman
- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan / Perakaunan / Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja selama 5 tahun dalam bidang berkaitan.
- Berkemahiran dalam menguruskan perkhidmatan keahlian dan persidangan akan diberi keutamaan.
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab berkaitan Perhubungan Keahlian, Persidangan Negeri dan Persidangan Kebangsaan Tahunan.
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon, serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif Berkumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau e-mel : sumber@angkasa.coop selewat-lewatnya pada 21 Februari 2015.

No comments:
Post a Comment